Thursday, 03 May 2007

~:: Perpindahan ::~

 

Aku akan berpindah...  sekali lagi selepas KKKK version friendster dan blogspirit... Aku terpaksa pindah kerana tahap ketepuan di blogspirit ini telah ke tahap maksimum.... Makanya, jika mahu manulis tanpa mengeluarkan belanja untuk blog, aku harus berpindah lagi....

ini laman baru aku...

http://mykerabukerang.blogspot.com

ianya masih lagi dalam proses pembinaan... maka harap bersabar sekiranya pemandangan tidak seindah mana....

:).... ketemu lagi di blogspot....... I'll be missing this KKKK version blogspirit.......

p/s: menulis dan menulis lagi.... dan menulis lagi.....

Thursday, 12 April 2007

~:: Gelas-gelas Kaca-Nia Daniati ::~

 GELAS-GELAS KACA.MP3

 

Gelas-gelas kacamedium_bouquet.jpg
Tunjukkan padaku
Siapa diriku iini
Ayah aku tak punya
Ibu pun aku tiada
Siapa pun aku tak punya
Hanya air mata
Yang selalu bercerita kepadaku

Gelas-gelas kaca
Bunyikan suara
Di manakah aku kini
Sepi yang mencekam
Menusuk hatiku
Kemana aku melangkah
Aku ingin pulang
Ke pangkuan ibunda sayang

Mataku terpejam
Hatipun menangis
Menantikan dirimu
Malam yang berlalu
Tak pernah tersenyum
Menghantarkan tidurku
Gelas-gelas kaca
Berikan aku cerita
Gelas-gelas kaca
Di manakah ayah bunda

 

p/s: Cuba untuk membayangkan diri tanpa ibu dan ayah..... kerna aku rindukan rumah... 

~::Alhamdulillah::~

medium_logo_xybase.gifAku telah menerima tawaran kerja semalam. Dan syarikat yang akan aku sertai nanti adalah XYBASE Sdn. Bhd. Harapnya rezeki aku di situ akan berpanjangan....

 Ya Allah...... Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Mengabulkan setiap doa hamba-hambaMu......

'Sesuatu yang pernah berlaku pada aku dahulu sebenarnya masih lagi menjadi trauma hitam dalam hidup aku... Gentar diri  untuk menerima tawaran kerja ini. Berfikir banyak kali... berkali-kali apakah aku layak menduduki kerusi jawatan ini. Aku takut kecewa sekali lagi......'

p/s: Aku harap tiada 'Blackberry' di persekitaran tempat kerja baru yang boleh menyebabkan trauma ini semakin hitam.... 

Wednesday, 11 April 2007

~:: Situasi Aneh..... ::~

 medium_89149899_40b5f6cea3_o.jpg

AHAD, 08 APRIL 2007, 02:15 tgh

Dalam Komuter Rawang-Seremban

Pernyataan masalah:  Train terpaksa berhenti di stesen Salak Selatan kira-kira 1/2 jam dek kabel semboyan yang telah dicuri 'malaun' mana ntah..

 

Nyonya tua: Lu suka baca itu kartun ho...?(sambil rujuk aku yang baca 'Shin chan' disebelahnya....)

Aku: a'a, best (sambil tersenyum....)

Nyonya tua: (tersenyum kembali) keretapi manyak lambat oo.... Saya mau pigi itu Silimban. Silalu satu jam setingah sulah sampai, ini mau lua jam lo... Lu kelija ka?

Aku : (Tersenyum lagi.....) A'a kerja sini. Untie sorang saja ka? sihat lagi ye, boleh pergi Seremban sorang-sorang.

Nyonya tua:  Ya, solang la. Anak lua, solang sulah mati, lagi solang jauh, Sabah. Mau balik lumah. Saya  76 tahun. tadak penyakit, boleh la jalan. kalau tak jalan-jalan, cepat sakit hoo....

 

 (aku terkejut sebab dgn umur 76 tahun dia masih boleh bergerak seorang.... Tok' ah Umur 74 tahun sudah mengadap Illahi....)

 

Aku : (Masih dengan senyuman ku...)

Nyonya tua: Lu suka sinyum ho..? lu nampak itu amoi? (sambil tunjukkan aku sorang minah).

 

(aku lihat di luar keretapi-ramai orang keluar amik angin kat stesen salak selatan- Nampak seorang gadis perpakaian sendat, menunduk mengambil barang dan menampakkan lurah bont** yang menghala kepada kami)

 

Aku : a'a, kenapa? (tersenyum sinis..)

Nyonya cina : Itu Melayu ka?

Aku: Tak tahu lah Untie, Melayu kot....

Nyonya Tua: Lu baik punya Melayu...(sambil pegang bahu aku dan usap dengan lembut)... Lu misti semayang punya Melayu. Itu amoi ar.... talak semayang punya olang ho?.... talak pakai tudung, talak malu punya olang kasi nampak 'malu'. Melokok... ieee.... susah mau cali amoi baik sikalang ho....

Aku: (telan air liur.. sambil tersenyum.....) Tak tau la untie, bukan melayu kot. sekarang sudah ramai orang campur2. cina kawen india. india kawen orang putih.

Nyonya Cina : (Tersenyum ..) 

 

Perjalanan hari tu, aku terasa seperti seorang cucu.. melayani pertanyaan dan persoalan nenek cina itu. Pelbagai perkara yang diceritakannya. Dia kata dia miskin. Tinggal sorang-sorang kat rumah. Aku sedih. Aku ingat Tok Ah. Sesampainya aku ke destinasi ::UKM:: aku salam dia, ku cium tangannya. Dia pegang kepala aku. Mamat Cina yang duduk depan aku memerhati dengan seribu pertanyaan(dia asik tgk aku yang bercakap dengan nenek itu sepanjang perjalanan). 

 

Nyonya Cina: Lu jaga Diri ho... 

Aku : Untie pon jalan baik2 nanti..(aku senyum lagi padanya...)

 

Aku turun dari komuter, berpaling melihat nenek itu, matanya masih memandang aku.

p/s: Aku rindukan Tok Ah... 

 

Saturday, 07 April 2007

~:: Tentang Hati ::~

medium_istockphoto_431123_love_letter.jpg

Semalam berbicara dengan 'seseorang'  setelah lama tidak.... aku rasa seumpama kembali menghitung bintang bersamanya... Bintang yang udah lama tidak kelihatan...

HATI...

Susah benar, apa yang dikatakan hati ni... aku berbicara dengan 'Dia'  tentang hal ini. Dia tanya aku apakah aku masih 'KAK MARINI' yang sama ataupun telah berubah kepada "MARINI YANG LAIN".

 Dia kata dia rindukan aku..... Dia tanya," Akak rindukan ***** tak?" , "Senyum akak masih macam dulu.....?"

Aku terkelu.. 

Berfikir sendiri, apakah aku masih yang sama... Aku sendiri tidak yakin... Namun jawapan yang aku beri..

"JANGAN RISAU, AKAK MASIH YANG SAMA CUMA RASA HATI DAH TIDAK SELEMBUT DULU...."

 HATI yang telah menjadi KERAS...

Dulu ketika hati 'lembut' mudah benar ia terusik. Selalu aku kecewa dengan harapan aku sendiri yang nampak seperti mudah digapai sedangkan ia adalah sebaliknya.. Kini ketika hati telah 'keras' tiada lagi aku mengharapkan apa-apa.. jikalaupun hati merasakan 'sesuatu' aku lebih cenderung untuk membiarkan 'sesuatu' itu terus lenyap tanpa mengambil tahu akan ia....

Dan apabila hati ini menjadi keras, sensitiviti menjadi semakin kurang. Aku sudah semakin sukar memahami perasaan orang lain. Tika ini aku lebih suka menzahirkan apa yang aku tidak suka, sekiranyamemang benar aku tidak suka. Sukar untuk aku 'berselindung' ketika ini...

Dan.. Sesungguhnya aku tidak menyukai diri aku yang sekarang..... 

Bersama dengannya untuk 3 jam semalam di Yahoo Messenger, mengembalikan 'Marini yang dulu' seketika... dan 3 jam menjadi 'Marini yang itu' aku rasa bahagia.. umpama ada satu ruang dalam hati yang telah mati, hidup kembali....

Sebak terasa... dan tanpa disedari ada satu titis air menitis.....

Terima kasih atas entry blog kamu yang menyentuh hati aku..... Tq for being my sweet sis... 

p/s: Wahai hati.. silalah menjadi lebih kuat lagi..... 

 

Friday, 06 April 2007

~:: My cats ::~

medium_utih_ucuk.2.jpg
 
 
Inilah buah hati pengarang jantung buat masa ni... Utih and Ucuk.... 2-2 ekor ni memang best la....  sayangnya aku kat derang... malamku tidur bertemankan mereka.. bangun pagiku dikejut dengan gigitan manja Utih.... leherku tempat didaratkan kepala Ucuk untuk tidur.... pulangku dari kelas, dinanti mereka.... 
 
Pernahkah rasa disayangi dengan begitu sekali? hmm.... cubalah menyayangi haiwan..... sesungguhnya balasan sayang yang kita dapat dari mereka amatlah bermakna sekali.. kerana mereka-mereka ini, yang bernama haiwan, tidak akan mampu menipu kita.....
 
Dan kerana sayang, tidak ralat aku ngadap taik busuk mereka setiap pagi.... uhuhuhuhu.... busuk.... memang busuk...(*tutup hidung..) 
 
 
 
 
 
 
 
Comparison:
  
medium_tigerbrothers.jpg
 
ehehehhee.... ada persamaan x dengan my ucuk and utih.....? 
 
p/s: kan best kalau boleh aku bela rimau 2 ekor tu... 
 

Thursday, 05 April 2007

~::Surgamu - UNGU::~

Segala yang ada dalam hidupku... medium_sky-13.jpg
Kusadari semua milikmu...
Kuhanya hambamu yang berlumur dosa...

Tunjukkan aku jalan lurusmu...
Untuk menggapai surgamu...
Terangiku dalam setiap langkah hidupku...
Karena kutahu hanya kau Tuhanku...

Allahu Akbar...Allah Maha Besar...
Ku memujamu disetiap waktu...
Hanyalah padamu tempatku berteduh...
Memohon ridha dan ampunanmu...


Allahu Akbar...Allah Maha Besar...
Ku memujamu disetiap waktu...
Hanyalah padamu tempatku berteduh...
Memohon ridha dan ampunanmu...

 

p/s: insaf neh.... AD3CK.... hayati lagu ni..... Ehehehe...

Monday, 02 April 2007

~:: Pesan Abah ::~

medium_fathernson.2.jpg
Aku pulang lagi ke Alor Setar. 29 March 2007 bersempena hari lahir mama ke 54 tahun dan juga pulangnya aku kali ini untuk kenduri tahlil Tok Teh dan kenduri abah nak buat Umrah 5 April ini.....
 
Hmm... penat juga minggu ni, quite pack of matters to be settle: documentation report, two presentation in front of class, interview at Kelana Jaya and then, going back to Aloq Setaq.. Letihnya..... apa-apa pun, sekembali nya aku kat sana, mama dah simpan makanan dari Restoran PAKDA(.....perghh 1st class) sempena meraikan besday mama malam itu... Sotong celup tepong, udang goreng pedas, siakap tiga rasa, saikrop(ketam goreng ala2 kopok lekor)..... eheheh... nyum2... tapi tak berapa lengkap sebab takde sayoq campoq.. nevermindla  sebab.. perutku tetap penuh terisi...
 
Mama berseri muka sebab mendapat hadiah yang tak di sangka. Brand New Flip Motorola henset, satu pasang sudu dan garpu(tak tau la apa maksud tersiratnya) dan sejumlah wang buat beli jam tangan yang mama idamkan dari Abah(juga beserta pesan yang menusuk qalbu),  kek dari anak-anak dan kain untuk dibuat kurung dari aku... hmm.. nasib baik mama suka baju yang aku beli. kalau tak... parah jugak.. taste mama ni payah sikit.... hmm.. so, 29 March yang berlalu dengan indahnya buat mama....
 
Hmmm.... esoknya kenduri tahlil buat Tok Teh beserta kenduri abah pi umrah. makan lagi... Ayam rendang, Ayam goreng rempah, Kari Udang, Daging masak hitam Acar, Kerabu ubi keladi(perghh.. sedap!)
 
Maka kesimpulannya.... TIADA DIEEEETTT KETIKA DI RUMAH MAK BAPAK KITA .. eheheh...
 
Tutup cerita makan-makan, sekarang cerita yang lebih series.
 
PESAN ABAH.
 
Semalam, sebelum pulang ke Kuala Lumpur, abah datang ke bilik. Aku tengah gosok baju-persiapan pulang. Abah bertanya pasal interview itu hari. Macam-macam yang disoalnya.. dan abah pesan jangan terlalu percaya pada orang. Harusnya punya sedikit syak. Abah takut nanti berlaku sesuatu seperti yang pernah berlaku pada orang lain. Kes pekerja yang terjerat membawa barang jenayah sedangkan dia sendiri tidak mengetahuinya...
 
Selesai hal kerja, Abah bertanya tentang F*** I*f*n. Apa hubungan aku dengan F***, Masihkah rapat, tanyanya. Aku kata, aku hanya kawan. Aku tidak lagi rapat dengannya. Abah kata abah tak nak aku hampakan orang. Abah tak nak aku teruskan hubungan aku dengan F***.
 
"Tak payahla.... Abah nampak Dikni tak serasi dengan dia... Biaq dia belajaq Islam dulu. Dia dah boleh baca Quran ka dak? Dia dok semayang dak? Hmm... Kat mana dia belajaq Islam la ni...? Abah nak dia yang jadi pembimbing, bukan Dikni yang bimbing dia nanti. Dah la, tak payah dok keluaq-keluaq dengan dia lagi dah..... ,"Abah bertanya dan memberi pesan.
 
Aku menjawab dengan sebaiknya. Dan, aku juga menerangkan aku dah sememangnya tiada apa-apa lagi dengan Dia.... Pada aku, biarlah dia mendalami Islam dahulu sebelum ada 'apa-apa' dengan aku...
 
"Abah, Dikni dah ambik langkah lebih awal...... "
 
Aku dan abah memang kurang berbicara series, jadi, sesekali bercakap begini dengan abah, memang menusuk sanubari sikit.. ehehhehe...... Kali terakhir aku bercakap pasal F*** dengan abah adalah ketika aku mintak izin dari abah untuk berkawan series dengan seorang lelaki, 2 tahun lepas. Itu juga berlaku ketika abah sebelum pegi Mekah. Kali ni juga perbualan tentang F*** berlaku sebelum abah pegi Mekah. Perbualan untuk memulakan perhubungan dan perbualan untuk memutuskan perhubungan....
 
Apa-apapun, aku sangat mengerti abah lebih tahu dari apa yang aku tahu.... Abah jarang melarang apa yang aku buat, dan jika dia melarang, aku tahu itu adalah untuk kebaikan aku...
 
ABAH, DIKNI SAYANG ABAH... Dikni harap abah tahu ini biarpun dikni tidak pernah lafazkan...
 
p/s: Anakku muda remaja, awasi bila melangkah, wajah mu manis bak gula, pasti ramai yang tergoda.... Tidak dilarang kau bersuka, asal tahu kan batasnya...
 

Friday, 30 March 2007

~:: Perihal interview::~

medium_interview3.JPGAku mendapat tawaran interview dari satu syarikat IT yang agak 'ada nama' di Tropicana Country Height, Kelana Jaya. Gementar kerana dah hampir setengah tahun tidak di interview oleh mana-mana syarikat. Dan sebenarnya tidaklah aku jangkakan sebegini cepat mereka memanggil aku kerna aku tersangat baru memohon jawatan ini.

Maka, 29 Mac 2007( mama berusia 54 tahun pada tarikh ini), aku menapakkan kaki ke Kelana Jaya dengan harapan untuk cemerlang dalam temuduga ini... Hujan yang lebat dari pagi hingga sesudah interview.Harap aku hujan ini bakal membawa rahmat dari Allah...

Interview berjalan lancar, mungkin berkat Yasin yang Mama bacakan semasa aku ditemuduga.

Aku di KJ "dup dap dup dap.."

Mama di Aloq Setaq," Yasiiin... Wal Qur'anilhakimm... ".

Ya Allah betapa Mama juga mahukan aku berjaya untuk interview ini. Moga, interview yang aku agak 'berjaya' ini akan membuka ruang padaku ke alam kerjaya yang aku idamkan... Amin.....

p/s: mereka sukakan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang aku punya banyak dan juga my part timer jobs during study time impress them a lot.... aku tak bagitau pon, mereka hanya membaca dari resume aku.... 

Thursday, 29 March 2007

~:: Aku kembali lagi ::~

medium_.._.._images_LG-Lovely.2.gifUmpama kasut yang kehilangan sebelah, walaupun masih berfungsi jika digabungkan dengan kasut yang lain, namun pasti janggal... begitu juga apa yang aku telah rasa semenjak meninggalkan KKKK ini.. hampir 3 tahun bersama dengan blog, dan hampir 2 tahun dengan KKKK, rasa amat janggal hidup tanpa ia.  Terfikir juga, kadang kala apakah aku harus pulang ke 'rumah' ini.... hati kalau separuh sahaja berfungsi, maka, rasanya tidak akan sempurna. cuba menulis rasa di dairi tapi tidak seperti kata2 yg dapat diluah di sini.

hmmmmm... kini aku pulang setelah rasa sesal dan sebal sudah berkurang. semakin berkurangan biarpon sisanya masih ada di sudut hati..... Aku telah berjaya menangani rasa yang aku fikir aku akan tewas padanya. Alhamdulillah....

 Ku kira, aku akan meninggalkan KKKK ini untuk jangka masa yang sangat lama, tetapi syukurlah kerana hanya  2 bulan sahaja..... ehehe... so, i'm back.. KKKK, akan ku adun dirimu menjadi seenak dan semesra mungkin... biar rasanya kekal seperti dahulu.

p/s: kasut jadi rujukan kerana aku mahukan kasut baru tika ini... 

1 2 3 4 5 6 7 8 Next